Showing posts with label Bodoh. Show all posts
Showing posts with label Bodoh. Show all posts

Tuesday, September 4, 2007

Bukan cakap-cakap bodoh

Radzi pernah marah-marah mengenai satu tindakan bodoh. Hari ini, saya yakin Radzi tidak cakap bodoh. Majulah Singapura!

KANGAR, 4 Sept (Bernama) -- Pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia bagi mengawal pengimportan warga asing, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad hari ini.

Beliau berkata NCER dan WPI akan menjadi pencetus ekonomi terbesar dan secara tidak langsung ia akan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan yang akan turut memikat kehadiran warga asing.

Ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis sambutan bulan kebangsaan peringkat parlimen Kangar di sini hari ini, Mohd Radzi berkata beliau amat berharap penduduk di wilayah pembangunan bersiap sedia melengkapi diri dengan kemahiran tertentu supaya program yang dilaksanakan kerajaan itu dapat dimanfaatkan dengan sempurna.

Sebelum itu, beliau menyertai kira-kira 100 peserta konvoi Jalur Gemilang bermotosikal melalui lima kawasan dewan undangan negeri dalam kawasan parlimen Kangar iaitu Indera Kayangan, Bintong, Kayang, Kuala Perlis dan Sena.

Beliau turut melawat pameran auto yang menyaksikan kreativiti pemilik pelbagai jenis kenderaan menghiasi kenderaan mereka selain pameran motosikal antik.