Sunday, September 2, 2007

Sambutan kemerdekaan di WPI

SINGAPURA, 30 Ogos (Bernama) -- Presiden Singapura S.R. Nathan menghantar perutusan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia esok.

Dalam suratnya, Nathan berkata 50 tahun pertama Malaysia meninggalkan kesan kemajuan dan pembangunan yang amat memberangsangkan.

"Saya berkeyakinan penuh bahawa Malaysia akan terus maju dan makmur di bawah pemerintahan Ke bawah Duli Tuanku. Saya juga percaya hubungan akrab yang terpahat dalam sejarah kedua-dua negara akan terus berkembang teguh dan membawa manfaat kepada negara serta rakyat keuda-dua negara," katanya.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong turut menghantar ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dengan mengatakan Malaysia telahpun melalui perubahan yang ketara sejak 50 tahun lepas.

"Saya yakin di bawah kepimpinan Datuk Seri, Malaysia dan semua rakyat Malaysia akan terus menikmati kemajuan dan pembangunan yang lebih gemilang dalam tahun-tahun akan datang.

"Hubungan Singapura-Malaysia adalah kukuh, dengan hubungan dua hala yang semakin berkembang dan kesalingbergantungan yang semakin mendalam, ketika kita bekerjasama dalam bidang baru seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Saya berharap untuk bertemu Datuk Seri dengan kerap pada sesi perentian kita bagi membincangkan isu membabitkan kepentingan bersama untuk kedua-dua negara, selain rantau ini," katanya.

Menteri Luar George Yeo, dalam perutusan kepada rakan sejawatannya, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata kedua-dua negara mendapat manfaat yang besar daripada kerjasama erat dalam hubungan dua hala dan pelbagai hala.

"Kita bekerjasama dengan baik dalam memperluaskan hubungan kita ke arah bidang baru, terutamanya WPI. Kesemuanya ini juga baik untuk Asean," katanya.

Saturday, September 1, 2007

Musuh kemanusiaan memuji Lah

WASHINGTON, 31 Ogos (Bernama) -- Presiden George W. Bush menyifatkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu tenaga yang sangat konstruktif bagi Asia Tenggara.

Malaysia adalah satu contoh menarik mengenai bagaimana sebuah masyarakat bebas boleh menangani gerakan-gerakan yang dipercayai boleh menukar dan meminda sifat masyarakat bebas itu.

"Saya menghormati cara Perdana Menteri menggunakan kebebasan dan menggunakan keterbukaan masyarakat untuk menangani mereka yang kecewa. Maksud saya, semua masyarakat mempunyai orang yang kecewa, dan persoalannya ialah sama ada cara mereka meluahkan kekecewaan itu akan membawa kepada keganasan atau membawa kepada keamanan," kata Presiden itu dalam satu pertemuan meja bulat, yang jarang diadakan, dengan sekumpulan wartawan dari Asia Pasifik, yang turut dihadiri Bernama.

"Malaysia adalah satu contoh sebuah negara di mana kekecewaan disalurkan melalui cara yang positif," katanya mengulas mengenai kepimpinan Abdullah dalam menangani estremisme dan keganasan di negaranya.

"Saya menghormati Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad) Badawi, mengagumi kepimpinannya," kata Bush yang telah mengadakan pertemuan dengan Abdullah di White House pada 2004.

Abdullah menyokong kesederhanaan dan menganjurkan Islam Hadhari di Malaysia dan ke mana juga beliau pergi.

Keakraban antara kedua-dua pemimpin terserlah apabila presiden itu berkata: "Apabila isteri beliau (Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood) meninggal dunia, saya cuba menghubunginya awal untuk menyatakan keprihatinan saya terhadap beliau."

Apabila diberitahu bahawa Abdullah telah berkahwin lain, Bush seolah-olah terperanjat lalu bertanya: "Ia ke? Baguslah tu. Saya ucapkan tahniah kepada beliau. Terima kasih kerana memberitahu saya berita ini. Saya akan ucapkan tahniah keada beliau. Ini sungguh baik."

Apabila diberitahu oleh seorang pembantunya bahawa beliau telahpun menghantar perutusan tahniah, Bush ketawa kerana terlupa mengenainya dan berkata: "Ia. Saya akan mengucapkan tahniah sekali lagi kepada beliau. Biarlah saya ucap tahniah dua kali."

Beliau kemudian mengakui bahawa beliau terlupa mengenai perkara itu dan bertanya kepada pembantunya sama ada beliau telah menelefon Abdullah atau menghantar perutusan tahniah kepadanya. Beliau diberitahu bahawa beliau telah menghantar perutusan tahniah.

"Betul tu, ya. (Saya juga) telah mengirim sejambak bunga," kata Bush.

Presiden itu mengucapkan tahniah kepada Malaysia sempena ulang tahun kemerdekaannya yang ke-50 hari ini, dan berkata beliau berharap dapat meneruskan perbincangan bermakna berhubung perjanjian perdagangan bebas dua hala dengan Malaysia, yang merupakan rakan perdagangan ke-10 terbesar Amerika Syarikat.

Kedua-dua negara kini sedang merundingkan satu perjanjian perdagangan bebas. Perbincangan itu bagaimanapun mencapai kebuntuan berkaitan soal-soal perkhidmatan kewangan, harta intelek, dasar persaingan, pemerolehan kerajaan dan buruh.

Thursday, August 30, 2007

Sila berikan ulasan anda


Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Perdana Menteri Pertama
Bapa Kemerdekaan
1957 - 1971

Tun Abdul Razak Hussein
Perdana Menteri Kedua
Bapa Pembangunan
1971 - 1976

Tun Hussein Onn
Perdana Menteri Ketiga
Bapa Perpaduan
1976 - 1981

Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Keempat
Bapa Pemodenan
1981 - 2003

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri Kelima
Bapa Apa?
2003 sehingga kini

Wednesday, August 29, 2007

Tak nak aku kata

Kalau orang tipu engkau nak?
Kalau orang menyusahkan kau, kau nak?
Kalau kerja kuat-kuat tak kaya-kaya kau nak?
Kalau nak kaya kena huloq manjang kau nak?
Kalau semua yang dikata pi kot lain kau nak?
Kalau agama huru-hara jadinya kau nak?
Kalau cakap macam kuih salah bikin kau nak?
Kalau harapan kau ni lembik kau nak?
Kenapa yang kau nak jugak tu Labu?

Tapi kau tahu tak dia nak kat kau? Dia memang nak kat kau. Tapi kenapa kau bagi?

Tak nak Lah . Baca betul-betul tak nak Lah. Tak....nak.....Lah. Ada paham?

Tuesday, August 28, 2007

Selamat datang

Selamat datang. Welcome. Welkomen. Sila oi sila. Ahlan wa sahlan. Marhaban. Lai-lai.... Vanakkam. Hello. Hallo. Barev. Zdravei. Ahoj. Gegroet!

Tak Nak Lah!

Tak nak apa? Tak nak Pak Lah? Tak nak parti Pak Lah?

Boleh juga tak nak lah. Maknanya : tak nak lah!

Tak nak pada macam-macam yang tak berkenan di hati. Mungkin tak berkenan pada sikap pemimpin atau perangai pemimpin. Juga tak berkenan kepada orang-orang yang perasan di dah jadi pemimpin.

Juga mungkin tak nak lah pada kenyataan-kenyataan tak berapa cerdik yang keluar dari mulut orang-orang yang berkuasa. Tak kiralah berkuasa di peringkat perseketuan ke, negeri ke, Kementerian ke, jabatan ke atau parti sekali pun.

Mungkin jugak tak nak lah kepada sikap pengusaha-pengusaha di negara ini yang nak kaut untung tanpa mengira keselamatan pekerja atau pengguna khidmat atau produk mereka.

Di sini, mungkin ada entry yang di tulis dalam bahasa Melayu. Mungkin dalam bahasa Inggeris. Tapi dalam bahasa Mandarin atau Tamil atau Malayallam atau Urdu mungkin tak kot. Bahasa Perancis, Germany, Italy atau Eskimo jugak tidak. Kalau bahasa kaum-kaum Afrika atau di hutan Amazon lagilah tak mampu.

Jadi sebarang komentar atau kritikan atau pemangkahan hujjah hanya dalam Bahasa Melayu dan English sahaja.

So, agak-agak anda di luar sana, blog Tak Nak Lah! ini sebenarnya tak nak apa atau siapa?

Sempena Sambutan Kemerdekaan 50 ini, jawaban paling bernas akan di beri cuti 3 hari 3 malam mulai 31 Ogos 2007 -2 September 2007 di rumah sendiri.