Tuesday, September 4, 2007

Bukan cakap-cakap bodoh

Radzi pernah marah-marah mengenai satu tindakan bodoh. Hari ini, saya yakin Radzi tidak cakap bodoh. Majulah Singapura!

KANGAR, 4 Sept (Bernama) -- Pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia bagi mengawal pengimportan warga asing, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad hari ini.

Beliau berkata NCER dan WPI akan menjadi pencetus ekonomi terbesar dan secara tidak langsung ia akan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan yang akan turut memikat kehadiran warga asing.

Ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis sambutan bulan kebangsaan peringkat parlimen Kangar di sini hari ini, Mohd Radzi berkata beliau amat berharap penduduk di wilayah pembangunan bersiap sedia melengkapi diri dengan kemahiran tertentu supaya program yang dilaksanakan kerajaan itu dapat dimanfaatkan dengan sempurna.

Sebelum itu, beliau menyertai kira-kira 100 peserta konvoi Jalur Gemilang bermotosikal melalui lima kawasan dewan undangan negeri dalam kawasan parlimen Kangar iaitu Indera Kayangan, Bintong, Kayang, Kuala Perlis dan Sena.

Beliau turut melawat pameran auto yang menyaksikan kreativiti pemilik pelbagai jenis kenderaan menghiasi kenderaan mereka selain pameran motosikal antik.

4 comments:

A Voice said...

Dari Penarik Beca dah nak menumbang Perdana Menteri ....Hebat hang.

Jangan lupa hak tu.

Akan di update di SOPO sentral, INsya Allah.

tokasid said...

Salam bakaq:

Hang perasan dak selama ni, kalau buat apa-apa mega di Malaysia, orang Melayu(majoriti) akan dapat kerja-kerja yg sama taraf dgn mat-mat bangla atau vietnam atau nepal yg mai sini. Boleh lah jadi cleaners, tukang kaut sampah, potong rumput, landscape sana sini sikit dan paling utama jadi mat despatch.

Mungkin itu yg Radzi tak muhong nak bagi tau kita kot.

Pegawai-pegawai syarikat multinasional adalah utk org Amerika, Jepun,Korea,Taiwan, Singapura dan beberapa org Malaysia yg fasig berMandarin. Kalau yg boleh cakap Melayu paling tinggi takat jadi Pengurus Human Resources saja.

Unknown said...

Ada lagi peluang untuk orang Melayu, meniaga di kantin, bukak gerai dan meniaga pasar malam. Tanya kat depa tak mau ka bagi tokey,tokey babi melaka tu pi Johor?

AFRAR YUNUS said...

salam pak bakaq
lama tak tonton tv. semalam secara kebetulan anak dok tengok berita. terperhati gelagat rakyat malaysia yg bela babi konfrantasi dgn puak polis fru. pakai batang paip, kayu, jaringan besi. bukan fru yg pakai. geng satu lagi. fru macam kena kencing manis kronik. tak berdaya. gostan saja.itulah yg dikatakan, jika dgn mca, dap dan gerakan - seluruh kabinet malaysia boleh tunduk dan sujud. hebat. siapa? puak mca, dap dan gerakanlah hebat. puak kita pi dengaq ceramah, fru tibai macam kena pil kuda tapi mai tang ni, depa kena kencing...