Dalam suratnya, Nathan berkata 50 tahun pertama Malaysia meninggalkan kesan kemajuan dan pembangunan yang amat memberangsangkan.
"Saya berkeyakinan penuh bahawa Malaysia akan terus maju dan makmur di bawah pemerintahan Ke bawah Duli Tuanku. Saya juga percaya hubungan akrab yang terpahat dalam sejarah kedua-dua negara akan terus berkembang teguh dan membawa manfaat kepada negara serta rakyat keuda-dua negara," katanya.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong turut menghantar ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dengan mengatakan Malaysia telahpun melalui perubahan yang ketara sejak 50 tahun lepas.
"Saya yakin di bawah kepimpinan Datuk Seri, Malaysia dan semua rakyat Malaysia akan terus menikmati kemajuan dan pembangunan yang lebih gemilang dalam tahun-tahun akan datang.
"Hubungan Singapura-Malaysia adalah kukuh, dengan hubungan dua hala yang semakin berkembang dan kesalingbergantungan yang semakin mendalam, ketika kita bekerjasama dalam bidang baru seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Saya berharap untuk bertemu Datuk Seri dengan kerap pada sesi perentian kita bagi membincangkan isu membabitkan kepentingan bersama untuk kedua-dua negara, selain rantau ini," katanya.
Menteri Luar George Yeo, dalam perutusan kepada rakan sejawatannya, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata kedua-dua negara mendapat manfaat yang besar daripada kerjasama erat dalam hubungan dua hala dan pelbagai hala.
"Kita bekerjasama dengan baik dalam memperluaskan hubungan kita ke arah bidang baru, terutamanya WPI. Kesemuanya ini juga baik untuk Asean," katanya.
No comments:
Post a Comment